Terma & Syarat-Syarat

SKIM INSURANS AM SELAGOR (INSAN) adalah sebuah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor dan dikendalikan oleh WAVPAY FINTECH HOLDING SDN BHD (“WAVPAY) dengan Kerjasama AMGENERAL INSURANCE BERHAD/TAKAFUL IKHLAS (“RAKAN KONGSI INSURANS/TAKAFUL”).

Dengan memilih dan mengaktifkan polisi insurans/takaful dibawah SKIM INSAN, anda telah bersetuju, dengan kebenaran, serta maklum bahawa anda tertakluk kepada segala terma dan syarat yang dinyatakan dan/atau sebarang perubahan yang berlaku seperti:

  1. TEMPOH TAWARAN DAN PERLINDUNGAN – polisi insurans dibawah SKIM INSAN yang ditawarkan adalah untuk tempoh aktif selama dua belas (12) bulan bermula dari 1 Oktober 2022 sehingga 30 September 2023 (Konvensional)/ 4 Ogos 2023 sehingga 3 Ogos 2024 (Takaful) sahaja (Tempoh Tawaran) dan hanya terhad kepada rakyat Negeri Selangor. Permohonan ditutup selepas mencapai jumlah pendaftaran yang dihadkan atau selepas tamat Tempoh Tawaran. Tempoh perlindungan dibawah polisi insurans/takaful adalah selama tempoh aktif iaitu dua belas (12) bulan.
  1. PERUNTUKAN PERLINDUNGAN – polisi boleh dimohon oleh rakyat Negeri Selangor yang layak sahaja.
  1. KELAYAKAN PERLINDUNGAN – perlindungan berdasarkan polisi insurans/takaful dibawah SKIM INSAN hanya layak dimohon oleh individu berusia 30 hari sehingga 80 tahun, yang lahir di Negeri Selangor dengan kod di atas kad pengenalan berangka 10 dan/atau memiliki alamat terkini di dalam kad pengenalan yang berdaftar di Negeri Selangor semasa didalam tempoh perlindungan ditawarkan, atau pengundi yang berdaftar untuk mengundi di Negeri Selangor serta tertakluk kepada syarat dan jenis pekerjaan yang terkecuali seperti dinyatakan oleh Rakan Kongsi Insurans/Takaful.
  1. PEKERJAAN TERKECUALI – pekerjaan yang berbahaya/terlibat dengan persekitaran berbahaya tidak terlindung dibawah SKIM INSAN melainkan kemalangan yang melayakkan sebarang tuntutkan dilakukan berlaku ketika diluar waktu bertugas seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah:
Jenis PekerjaanPerlindungan
Penghibur Akrobat/SarkasDi luar waktu bertugas
Tentera Darat/Tentera Laut/Tentera Udara/Anggota TenteraDi luar waktu bertugas
Pelayan BarDi luar waktu bertugas
Tukang BesiDi luar waktu bertugas
Ahli BombaDi luar waktu bertugas
NelayanDi luar waktu bertugas
Ejen Ramalan (contoh: MAGNUN & Ejen TOTO)Tidak Dilindungi
Tukang EmasDi luar waktu bertugas
Pegawai Perhubungan Tetamu (Pusat Hiburan)Di luar waktu bertugas
Joki – Lumba KudaDi luar waktu bertugas
Anggota PenyelamatDi luar waktu bertugas
Penternak Ternakan HidupDi luar waktu bertugas
Pemberi Pinjaman Wang (Berlesen)Tidak Dilindungi
Tukang Cat (Atas 30 kaki atau 10 tingkat)Tidak Dilindungi
JuruterbangDi luar waktu bertugas
PolisDi luar waktu bertugas
Ahli Sukan ProfesionalDi luar waktu bertugas
Pekerja Kuari (Tidak meletup)Di luar waktu bertugas
Pengawal KeselamatanDi luar waktu bertugas
Kru Kapal/kelasi/Pemunggah Barang-barangDi luar waktu bertugas
Penganggur (Selain daripada akibat pemberhentian atau sabatikal)Tidak Dilindungi
Perniagaan/Aktiviti Haram/Tidak BerlesenTidak Dilindungi
Pelayan (Selain Restoran)Tidak Dilindungi
  1. Sebarang pengisytiharan maklumat yang dibuat oleh anda untuk mengaktifkan perlindungan dibawah polisi insurans/takaful adalah benar dan tepat. WAVPAY tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang liabiliti, yang mungkin timbul disebabkan oleh maklumat yang tidak tepat, yang telah diberikan dan diserahkan oleh anda untuk diri sendiri atau bagi pihak penama anda kepada Rakan Kongsi Insurans/Takaful kami.
  1. Tuntutan yang dilakukan berdasarkan polisi insurans/takaful hendaklah dibuat terus kepada Rakan Kongsi Insurans/Takaful kami untuk diproses mengikut cara yang ditetapkan. WAVPAY tidak akan memproses sebarang permohonan yang dibuat oleh anda bagi tujuan tuntutan untuk diserahkan kepada Rakan Kongsi Insurans/Takaful kami. Sebarang transaksi kewangan berkaitan tuntutan yang berjaya akan dibayar terus oleh Rakan Kongsi Insurans/Takaful  kepada akaun bank penuntut/waris.
  1. Anda akan bertanggungjawab untuk mematuhi semua terma dan syarat polisi insurans/takaful, termasuk polisi perlindungan am (atau sebarang nama atau definisi, yang membawa maksud yang sama), yang dinyatakan oleh Rakan Kongsi Insurans/Takaful kami untuk memastikan perlindungan dibawah polisi insurans/takaful terus sah untuk dikuatkuasakan. Anda bertanggungjawab untuk menyemak terma dan syarat.
  1. Anda berisiko untuk dikecualikan daripada perlindungan dibawah polisi insurans/takaful jika anda memilih untuk menamatkan akaun WAVPAY E-WALLET anda semasa didalam tempoh perlindungan.
  • Perlindungan dibawah polisi insurans/takaful secara jelas mengecualikan kematian atau sebarang kecederaan/kecacatan yang secara langsung atau tidak langsung disebabkan oleh atau berkaitan dengan mana-mana yang berikut:-
  • Peperangan, pencerobohan, tindakan musuh asing (sama ada perang yang diisytiharkan atau tidak), perang saudara, pemberontakan, revolusi, pergolakkan atau rampasan kuasa atau tindakan ketenteraan;
  • Ketidakwarasan, bunuh diri (sama waras atau tidak) atau sebarang percubaan acaman, kecederaan yang disengajakan oleh diri sendiri;
  •  Sebarang bentuk penyakit, jangkitan atau parasit termasuk malaria, demam denggi dan Sindrom Kurang Upaya Melawan Penyakit (AIDS) atau AIDS Related Complex (ARC) Japanese Encephalitis;
  •  Bersalin, keguguran, kehamilan atau sebarang komplikasi daripadanya;
  •  Provokasi pembunuhan atau serangan;
  • Semasa dalam perjalanan di atas pesawat atau kapal sebagai anak kapal, kecuali hanya sebagai penumpang yang membayar tambang untuk menaiki pesawat atau kapal yang dilesenkan untuk perkhidmatan membawa penumpang;
  • Semasa melakukan atau cuba melakukan apa-apa tindakan yang menyalahi undang-undang;
  • Semasa menyertai mana-mana sukan professional, seni mempertahankan diri atau tinju, aktiviti udara termasuk payung terjun dan luncur udara, aktiviti di bawah air melebihi kedalaman 50 meter, pendakian gunung secara professional yang melibatkan penggunaan tali atau alat bantuan mekanikal;
  • Perlumbaan (selain menggunakan kaki), mengatur rentak (pace-making), ujian kelajuan atau ketahanan;
  • Pengionan, radiasi atau pencemaran radioaktif daripada apa-apa bahan buangan nuklear atau dari pembakaran bahan api nuklear atau bahan senjata nuklear;
  • Memandu/Menunggang tanpa lesen yang sah;
  •  (i) Asbestos, atau (ii) sebarang kecederaan atau kerosakan berkaitan asbestos sebenar atau yang didakwa melibatkan penggunaan, kehadiran, kewujudan, pengesanan, penyingkiran, penghapusan, pengelakan asbestos atau pendedahan atau potensi pendedahan kepada asbestos;
  • Pengionan daripada atau pencemaran oleh radioaktif daripada mana-mana bahan api nuklear atau daripada mana-mana sisa nuklear atau daripada pembakaran bahan api nuklear; (ii) Bahan radioaktif, toksik, bahan letupan atau lain-lain yang berbahaya atau mencemarkan mana-mana pemasangan nuklear, reaktor atau pemasangan nuklear lain atau komponen nuklearnya; (iii) Sebarang senjata perang yang menggunakan kandungan atom atau nuklear dan/atau peleburan atau lain-lain seperti tindak balas atau daya radioaktif atau jirim;
  • Sebarang tindakan keganasan. Untuk tujuan fasal ini, keganasan bermakna satu tindakan, atau tindakan-tindakan mana-mana individu, atau kumpulan individu, yang dilakukan untuk tujuan politik, agama, ideologi atau tujuan seumpamanya dengan niat untuk mempengaruhi mana-mana kerajaan dan/atau untuk membuatkan orang awam atau mana-mana bahagian awam berada dalam ketakutan;
  •  Sebarang kecacatan fikizal, mental atau uzur, sebarang jenis sawan yang sedia ada.
  1. WAVPAY boleh meminda atau mengubah terma dan syarat secara unilateral tanpa sebarang notis awal.
  1. Bagi tujuan polisi insurans dibawah SKIM INSAN, WAVPAY bertindak sebagai pemproses data untuk dan bagi pihak Negeri Selangor, sebagai pihak berkepentingan SKIM INSAN dan pengguna data. Sebarang maklumat dan data anda, yang dikemukakan untuk tujuan pengaktifan polisi insurans dibawah SKIM INSAN akan disifatkan sebagai dikumpul untuk dan bagi pihak Negeri Selangor. Melainkan jika dinyatakan sebaliknya, sebarang maklumat dan data lain yang didedahkan untuk tujuan di sini adalah tertakluk kepada dasar privasi WAVPAY, yang mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
  1. WAVPAY bukan penyedia insurans/takaful tetapi hanya pembekal perkhidmatan, yang memudahkan anda sebagai pengguna untuk mengakses polisi insurans/takaful yang ditawarkan oleh Rakan Kongsi Insurans/Takaful kami. Tiada apa-apa dibawah perjanjian ini yang boleh memberi gambaran bahawa WAVPAY dengan sendirinya menawarkan insurans/takaful yang mungkin melanggar Akta Insurans 1963.
  1. Anda boleh menghubungi Rakan Kongsi Insurans/Takaful kami untuk sebarang pertanyaan mengenai perlindungan atau polisi insurans/takaful, khususnya mengenai Kemalangan Diri;


Takaful Ikhlas General Berhad

(200201025412) (593075-U)

9th Floor, IKHLAS Point, Tower 11A, Avenue 5,

Bangsar South, No. 8, Jalan Kerinchi,

59200, Kuala Lumpur

No. Tel.             : 03-2723 9999 / 03-2723 9696

E-mel               : [email protected]

Laman Web      : www.takaful-ikhlas.com.my

  1. Untuk mengelakkan sebarang keraguan, rujukan Rakan Kongsi Insurans/Takaful apabila disebut dalam Terma dan Syarat ini tidak boleh ditafsirkan sebagai perkongsian di bawah Akta Perkongsian 1961. Oleh itu, sebarang kewajipan yang dikenakan oleh Rakan Kongsi Insurans/Takaful untuk penyediaan perlindungan tidak boleh dilanjutkan kepada WAVPAY atas sebarang sebab sekalipun.