Program Insan adalah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang bermula sejak 1 Oktober 2022 dan bertujuan untuk meringankan beban rakyat yang dihimpit oleh pelbagai masalah pasca pandemik dengan memberi perlindungan Insurans Kemalangan Diri Berkumpulan percuma kepada 6 juta rakyat di Selangor yang layak berumur bermula dari 30 hari sehingga 80 tahun.

Insurans Kemalangan Diri Berkumpulan adalah pelan insurans am secara berkelompok untuk melindungi kehilangan upaya kekal atau kematian akibat kemalangan kepada 6 juta rakyat di Negeri Selangor.

Warganegara Malaysia berusia 30 hari sehingga 80 tahun yang:

i. Kad Pengenalan yang mempunyai kod negeri Selangor; (Kod 10, 41, 42, 43, 44)

ii) Kad Pengenalan beralamat di negeri Selangor; atau ii) Pengundi yang berdaftar di negeri Selangor.

i) Muat turun aplikasi eWallet Wavpay di Google Playstore, Apple Store atau Huawei AppGallery; atau

ii) Daftar di Pejabat Ahli Dewan Negeri Selangor.

Pendaftaran akan dibuka sehingga kuota dipenuhi. Polisi takaful dibawah SKIM INSAN yang ditawarkan adalah untuk tempoh aktif selama dua belas (12) bulan bermula dari tarikh polisi didaftarkan atau tamat pada 3 Ogos 2025 bagi individu yang mendaftar selepas 3 Ogos 2024.

Akta PDPA tidak terpakai ke atas Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri. Rujuk Seksyen 3(1) Akta PDPA. Progam INSAN adalah program Kerajaan Negeri Selangor dan data program ini dilindungi oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Pemegang polisi induk bermaksud syarikat yang dinamakan sebagai pemegang polisi induk. Pemegang polisi induk boleh mengeluarkan sijil perlindungan untuk individu yang berdaftar atau didaftarkan di bawah polisi skim INSAN yang boleh mereka gunakan sebagai bukti perlindungan. Jika sijil perlindungan hilang dari simpanan individu yang terlindung di bawah skim ini, mereka boleh mendapatkan semula sijil mereka dari syarikat yang dinamakan sebagai pemegang polisi induk. Wavpay Fintech Holding Sdn. Bhd. adalah pemegang polisi induk bagi skim INSAN dan juga dipertanggungjawabkan sebagai pengendali perkhidmatan (service provider).

Pemegang sijil yang dilindungi di bawah Skim INSAN ataupun waris boleh mengemukakan sijil perlindungan ke rakan insurans/takaful atau pengendali perkhidmatan untuk memulakan proses tuntutan. Rakan insurans/takaful dan pengendali perkhidmatan akan memberikan khidmat bantuan kepada penuntut sepanjang proses tuntutan. Bagi tujuan tuntutan, beberapa dokumen dan borang tuntutan perlu dilengkapkan dan diserahkan kepada rakan insurans/takaful atau pengendali perkhidmatan. Senarai dokumen dan borang boleh didapati di laman sesawang www.programinsan.com/tuntutan

Program INSAN adalah salah satu daripada program Iltizam Selangor Penyayang, kerangka bantuan sosial untuk warga Selangor oleh Kerajaan Negeri. Sebanyak RM9 juta diperuntukkan untuk perlindungan Skim Takaful.